Monday 4 April 2011

Biodata Calon N15 Muara Tuang


Nama beliau Pn. Noraini bt. Hamzah, dilahirkan 48 tahun lalu di bumi Serambi Mekah Kelantan iaitu pada 25hb April 1962. Tempat kelahiran beliau di Kg Berangan, Bachok.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Morshidi b. Ali yang berasal dari bumi kenyalang dan dikurniakan dua cahaya dan 5 anak angkat. Pn. Noraini telah pun menjadi warga Sarawak dan kini mereka sekeluarga telah 30 tahun menetap di Sarawak iaitu di Kg. Tanjung Bundong,Samarahan.

Beliau juga ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Senator Mumtaz Nawi yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pusat. Latar belakang keluarga di Kelantan yang telah bergelumang dengan politik mempengaruhi dan mendorong beliau terlibat dengan politik kepartian bagi memperjuangkan nasib rakyat Sarawak. PAS menjadi pilihannya bagi merealisasikan cita-cita perjuangan.

Beliau sepenuh masa terlibat dengan perniagaan, melalui aktiviti perniagaanlah beliau berpeluang berinteraksi dengan rakyat di DUN Muara Tuang ini. Dunia perniagaan yang diceburi menghampiri dirinya setiap hari dengan masyarakat. Rata-rata masyarakat di sini mengenali beliau sebagai Kak Ani. Beliau juga turut merasai kesusahan, penderitaan, kesengsaraan rakyat di negeri Sarawak ini. Rintihan-rintihan rakyat Sarawak. Rintihan-rintihan rakyat yang miskin sering didengari setiap hari, ia perlukan pembelaan demi masa depan mereka.

Beliau sememangnya seorang muslimat yang gigih dan sabar. Di atas kegigihan, kesungguhan dan komitednya beliau dengan penuh cita-cita perjuangan, PAS telah memberi amanah dan mandat kepada Pn. Noraini bt. Hamzah sebagai Calon PAS di N15 Muara Tuang.

No comments:

Post a Comment