Monday 11 April 2011

Masyarakat Iban SOKONG Kak Ani.

KOTA SAMARAHAN, 11 April: Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah (Kak Ani) diberi sambutan luar biasa oleh masyarakat Iban ketika berkempen di Kampung Merang Lama dan Merang Baru dalam daerah mengundi Semarang, di sini Ahad 10 April.

Lebih 150 orang penduduk tempatan berkumpul di perkarangan rumah bekas Ketua Pemuda PBB, Empawi Anak Adang yang telah meninggalkan parti tersebut hujung tahun lalu.

Kak Ani, ketika menyampaikan ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua penduduk yang meraikan kehadirannya.

Beliau menyeru para pengundi supaya mengundi PAS pada hari pengundian 16 April depan untuk membuat  'satu perubahan'.

"Saya minta semua undilah PAS, kita buat perubahan, sudah lama kerajaan BN memerintah kitak, sudah 30 tahun, (tetapi) tidak ada apa-apa perubahan, air tidak ada, apa pun tiada.

"Saya harap dapat mengundi PAS,  kita mau perubahan,"katanya.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, sekiranya diberi mandat dan menang dalam pilihanraya negeri Sarawak, beliau akan berjuang menuntut hak rakyat terutama keperluan air yang dihadapi oleh penduduk kempung tersebut

Turut hadir adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

(GAMBAR) Kehadiran Tok Guru dan DS Anwar di Muara Tuang buat Ali Mahmud seram sejuk!!



























Sunday 10 April 2011

Pisang Goreng PANAS !!




Dato' Mahfuz Omar menunjukkan kepandaiannya menggoreng pisang semasa berkempen di Muara Tuang semalam.